Sunday, 8 January 2012

Asrama Genius





PENGENALAN

Asrama Genius telah ditubuhkan oleh En. Mokhtar Haji Mansor sejak tahun 2009 dengan tujuan utamanya untuk mengubah dan meningkatkan prestasi serta keupayaan penghuni Asrama Genius terutamanya di dalam akademik dan sahsiah diri. Matlamat tersebut didasarkan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran melalui Kaedah Mokhdar yang telah diasaskan oleh En. Mokhtar Haji Mansor sejak tahun 1990. Kaedah Mokhdar merupakan suatu kaedah pemendekan bahasa di dalam nombor-nombor dan simbol kepada hanya satu suku kata sahaja. Melalui bengkel-bengkel intensif yang dijalankan setiap kali cuti persekolahan, ceramah-ceramah ke seluruh negara dan penjualan buku-buku, Kaedah Mokhdar telah melahirkan ramai alumni-alumni yang berjaya mengubah prestasi di dalam pelajaran malah di dalam bidang kerjaya yang diceburi menjadi lebih cemerlang dari sebelumnya.


KONSEP

Penghuni asrama akan menginap di Asrama Genius selama setahun tempoh persekolahan dan bersekolah di sekolah-sekolah kerajaan yang terdapat di Bandar Country Homes. Mereka akan menjalani kehidupan asrama bersama rakan-rakan dengan pelbagai latar belakang berbeza yang datang dari seluruh pelusuk tanah air. Aktiviti harian mereka adalah berlandaskan jadual yang dirangka dan disediakan oleh syarikat Fiveoeight Consultancy. Asrama Genius ditadbir oleh seorang penyelia asrama bersama tenaga-tenaga kerja terlatih dan berpengalaman dalam pengurusan asrama dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Kaedah Mokhdar.


LOKASI

Asrama Genius terletak di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor dan diuruskan oleh syarikat Fiveoeight Consultancy, syarikat sama yang menguruskan kerja-kerja penyebaran Kaedah Mokhdar ke seluruh negara. Ia merupakan blok-blok bangunan setinggi tiga tingkat yang digabungkan menjadi satu premis sahaja dan memiliki kemudahan asrama dengan kelengkapan katil ‘double decker’, penghawa dingin, bilik mandi dan tandas dan juga dewan-dewan belajar. Asrama Genius juga dilengkapkan dengan aktiviti-aktiviti bercorak kesukanan dan kebudayaan seperti street socker, ping pong, seni mempertahankan diri dan lain-lain lagi bagi meningkatkan lagi sahsiah pelajar Asrama Genius.


TESTIMONI

Imran Hazeeq Bin Md Zakir Newton
Keputusan PMR 6A 2B


Anak kepada pasangan Md Zakir Newton yang bertugas sebagai Structure Designer (42) dan Fauziah Samsuddin (42). Berumur 15 tahun, merupakan bekas pelajar di SMK Tanjong Dato, Kota Tinggi, Johor (2010). Sebelum memasuki Asrama Genius, pencapaian markah Matematik tidak pernah melebihi gred D dan kebiasaannya gred E. Markah sains hanya C atau B. Hanya matapelajaran Agama Islam sahaja yang mendapat A. Menyertai Asrama Genius pada awal tahun 2011 dan bersekolah di SMK Taman Desa 2. 


MAKLUMAT LANJUT


Sila hubungi 017-6521730 | 012-250 4180 | 012-388 8489. Email: sokongan@mokhdar.com

1 comments:

  1. salam...abg share laa ngun saye...saya taon ni (2012)...cm ne abg leh dpt 6A 2B....

    ReplyDelete